Tuesday, September 16, 2008

SALAM RAMADHAN....

Wednesday, August 20, 2008

SUMPAH 2

1.GUS DUR DAKWA SUMPAH SAIFUL TAK IKUT HUKUM ISLAM
Dikirim pada 19 Ogos 2008 oleh mujahidin

BERITA HARIAN - KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur mendakwa sumpah al-Quran yang dibuat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak selaras dengan hukum Islam dan tidak pernal diamalkan di mana-mana, termasuk di Indonesia.
Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, pagi ini, beliau berkata, beliau mewakili majoriti senya di Indonedia yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Saiful pada Jumaat lalu bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaannya diliwat oleh Anwar yang juga bekas majikannya.

2.DR.HARON DIN PERSOAL MENGAPA PENUDUH PULA YANG BERSUMPAH?
Dikirim pada 16 Ogos 2008 oleh mujahidin

HARAKAHDAILY - IPOH - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.

“Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh,” katanya.

Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.


“Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?”
“Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan,” ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.
“Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.
“Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?” tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya.
Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut.

“Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik.

“Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah.
“Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?
“Adakah ia agenda dirinya atau orang lain,” ujarnya lagi.
Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya.

Semalam upacara ‘bersumpah’ Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh. Sebelum Saiful ‘bersumpah’, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah ‘mubahalah’ akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah ‘disorokkan’ di salah sebuah bilik dalam masjid itu. Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama ‘Uncle Pet’ sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil ‘wudhu.’ Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

“Dia kat dalam…,” kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan ‘bermubahalah’ ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu. Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.
Menurut Asri, “Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu.”

3.TUAN GURU NIK AZIZI TEGASKAN SUMPAH SAIFUL CARA KRISTIAN

Dikirim pada 17 Ogos 2008 oleh mujahidin
HARAKAHDAILY - IPOH - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.
Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.
Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.
Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.
Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.
Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.
Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.
“Saya berdoa dan berharap Dato’ Seri Anwar diberikan kemenangan,”

SUMPAH 1

Pertuduhan liwat kali kedua terhadap DSAI semakin hangat. Baru-baru ini, 'pasangan' beliau telah melafazkan sumpah laknat untuk membuktikan bahawa beliau telah diliwat oleh mantan TPM. Pelabagai reaksi telah diterima baik daripada masyarakat biasa hinggalah kepada ulama dan umarak. Pro dan kontra terhadap sumpah ini memperlihatkan keprihatinan masyarakat terhadap kes ini. berikut beberapa pandangan daripada para cendikiawan juga tokoh-tokoh terkemuka berhubung isu sumpah ini..

Pegang al-Quran semasa sumpah kepercayaan salah: Mufti Perlis

Dikirim pada 18 Ogos 2008 oleh mujahidin
BERITA HARIAN - KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu adalah kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.
Bagaimanapun katanya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bahawa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beberapa pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cara bersumpah itu sambil memegang al-Quran sebagai meniru amalan penganut Kristian yang bersumpah sambil meletakkan tangan atas Bible.
Pada Jumaat lalu, Mohd Saiful Bukhari melafazkan sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan yang disaksikan juga bapanya, Azlan Mohd Lazim, yang mendapat liputan meluas media massa.
Katanya, sumpah yang dilakukan itu juga bukan bagi menentukan pihak mana yang betul atau salah tetapi ia sekadar untuk mengelak daripada prasangka atau tuduh menuduh antara kedua-dua pihak.
Ditanya sama ada Mohd Saiful Bukhari perlu mengulangi sumpahnya ekoran ada pihak yang mempertikaikannya, Mufti berusia 36 tahun itu berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan.
Semalam, Azlan mempertahankan kaedah sumpah yang dilakukan anaknya itu adalah betul setelah mendapat nasihat ulama dan tiada sebab untuk anaknya mengulanginya.
Mengenai sama ada proses mubahalah yang dicetuskan olehnya suatu ketika dahulu itu sudah sempurna, Mohd Asri berkata, ia belum sempurna selagi Anwar yang juga calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh belum melakukan perkara sama. - Bernama

Tuesday, August 19, 2008

AUKU


FORLOT : AUKU DAN IMPLIKASI BESAR KEPADA MAHASISWA
Posted by spp on 2006/8/11 8:57:44

Oleh Mohd Saifullah Mohd ZulkifliDatuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan beliau kepada media pada 28 Januari 2006 telah menyatakan pendirian selaku pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) terus dikekalkan tanpa memansuhkannya. Beliau menyatakan pendirian tersebut selepas sekumpulan mahasiswa yang mendesak agar AUKU ini perlu dihapuskan dan termasuk PKPIM yang mewakili pelajar Islam seluruh Malaysia secara langsung bersuara dalam menyatakan pendirian kepada AUKU. AUKU yang mengandungi lima bahagian dan 27 seksyen memperuntukkan pelbagai pasal berhubung universiti dan kolej Universiti. AUKU juga memperuntukkan pelbagai bidang kuasa termasuk srtuktur organisasi Universiti dan Kolej universiti, etika dan disiplin pelajar serta beberapa lagi perkara yang dilihat penting di dalam memastikan perjalanan universiti terus licin dan sejajar dengan matlamat panubuhan universiti.Melalui kuasa yang diperuntukkan di dalam AUKU, sejak tahun 2000 hingga Disember tahun lalu, terdapat lebih 1700 pelajar dilaporkan melanggar AUKU dengan disabitkan kes meniru sewaktu peperiksaan, menipu, khalwat, berdemonstrasi dan mencuri. AUKU juga yang digubal pada tahun 1971 telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1983 bagi memastikan AUKU terus relevan mengikut keperluan semasa. Di dalam AUKU terdapat beberapa seksyen yang jelas mengekang dan menyekat mahasiswa malahan universiti. Antara Seksyen tesebut termasuklah seksyen 15 dan 16. Di dalam seksyen 15 (1) menyatakan bahawa tiada siapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan. Di dalam konteks semasa, peruntukkan kuasa seksyen ini telah tidak begitu relevan di saat Malaysia yang tumbuh dengan pelbagai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan belia. Setiap NGO dan persatuan belia ini pastinya memerlukan tenaga muda terutama pada mahasiswa, kerana mahasiswa tidak pada punya daya pada tenaga, tetapi kepada pengupaayaan intetelek untuk menggerakkan persatuan dan masyarakat. Di dalam isu yang lebih terkini, kerajaan di bawah usaha kementerian belia dan sukan yang merangka Akta Belia 2005 dan akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi. Akta Belia 2005 secara khusus telah memperuntukkan pelajar terlibat secara langsung di dalam pertubuhan berdaftar terutama persatuan belia. Akta ini secara jelas telah bercanggah dengan AUKU seksyen 15(1). Seksyen 15(3) pula menyatakan tiada sesiapa jua, semasa menjadi pelajar Universiti boleh menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau pertubuhan atau kumpulan haram. Seksyen 15 (5) memperuntukkan kepada sesiapa yang melanggar peruntukkan seksyen kecil (1), (2), (3) atau (4) adalah bersalah atas kesalahan dan boleh disabitkan, dikenakan denda tidak lebih seribu ringgit atau penjara selama tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.Seksyen 16 dan beberapa seksyen yang lain boleh dikritik dengan memberikan datu bidang kuasa yang luas kepasa Naib Cancelor dan Menteri sehingga dirasakan boleh berlaku kemungkinan penyalahgunaan kuasa. Di dalam seksyen 16 umpamanya, kuasa Naib cancelor menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.Di dalam aspek sejarah, AUKU digubal sepertimana yang diungkap oleh Muhammad Abu Bakar di dalam buku yang ulung membicarakan perjuangan mahasiswa: Mahasiswa Menggugat (1975), menyatakan bahawa AUKU adalah merupakan satu konotasi kesan daripada kelantangan dan keterlibatan pelajar secara langsung dengan isu-isu kenegaraan yang sememangnya menggentarkan pihak pemerintah. Malah kecenderungan pelajar menyokong pihak pembangkang terutamanya pada pilihanraya 1969 benar-benar menggusarkan kerajaan yang akhirnya melahirkan AUKU.Dalam hal ini Dr. Wan Abdul Rahman Wan Muda dari Universiti Sains Malaysia pernah menjelaskan dalam satu forum yang bertajuk “Masyarakat Kampus Dan Permasalahannya” pada 4 Ogos 1990, “Perlaksanaan Akta ini merupakan parut hitam d dalam sejarah kebebasan akademik di Malaysia. Semenjak itu, ternampaklah bibit-bibit kelumpuhan buday auniversiti yang sebelum ini mempunyai semacam solidariti dalam aktiviti-aktivitit mahasiswa.”Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sabelum AUKU, penglibatan pelajar dan mahasiswa dalam arena politik negara agak meluas. Pemimpin-pemimpin pelajar dengan berani dan lantang mengkritik kelemahan dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada di atas pentas umum, kenyataan akhbar mahupun melalui manifesto di dalam pilihanraya-pilihanraya umum.Sejak AUKU dikuatkuasakan kehidupan mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi dikawal secara khusus oleh Kaedah Tatatertib Pelajar (1975). Pelbagai bahagian di dalam akta ini yang secara langsung mengongkong kebebasan pelajar yang selama ini dikecap oleh mereka. Malah penyertaan pelajar dengan poltik, aktiviti-aktiviti luar kampus dan persatuan luar turut dibataskan.Persoalan pokok yang ingin dilontarkan adalah kesan AUKU selepas hampir empat dekat perlaksanaannya. Di dalam makalah ini telah digariskan beberapa kesan langsung akibat penguatkuasaan AUKU ke atas pelajar dan gerakan mahasiswa umumnya. Antaranya :1. Nilai-nilai individualistik dan materialistik samakin merata dan menebal di kalangan pelajar. Rata-rata bertanggapan universiti tidak labih daripada menara gading buat mendapat segulung ijazah dan seterusnya mendapat pekerjaan yang baik semata-mata. Malah semakin terhakis nilai-nilai untuk memikirkan apa yang berlaku kepada masyarakat luar apatah lagi untuk menilai perkembangan politik semasa yang boleh mempengaruhi masa depan dan nasib bangsa.2. Budaya takut atau ‘culture of fear’ mula mencengkam masyarakat pelajar. Masing-masing memikirkan masa depan dan nasib sekiranya mereka malanggar AUKU. Budaya ini akhirnya menyebabkan mahasiswa terus takut untuk mencuba, menyoal, mengkritik dan mengemukakan idea serta gagasan baru ke dalam masyarakat. Ini ditambah dengan ancaman pelbagai undang-undang di luar kampus yang seakan sama sifatnya dengan AUKU telah digubal atau dipinda oleh pemerintah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan. Tekanan dan prejudis pihak pentadbir kepada pelajar yang agak kritikal turut meransang perasaan takut di kalangan mahasiswa.3. Tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa Jurubicara Masyarakat’ kerana mereka sudah tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka atau hilang upaya untuk melakukan sesuatu. Masyarakat lebih yakin kepada kumpulan lain seperti parti politik untuk menyelesaikan masalah mereka.4. Penumpuan kegiatan pelajar hanya sekitar kampus sahaja. Pelajar-pelajar hanya berminat menyertai program-program bersifat rekreasi, sukan dan bersifat hedonistik. Hanya segelintir kecil yang masih bersemangat untuk mengikuti program-program pembangunan intelektual yang membincangkan isu-isu semasa mahupun berbentuk ilmiah.5. Pelajar mula hilang minat untuk menghayati dan menganalisa keadaan politik tempatan mahupun antarabangsa jauh sekali untuk melibatkan diri secara aktif.6. Pelajar mula disibukkan dengan politik kampus yang secara tidak langsung mendatangkan kesan negatif terhadap perpaduan pelajar. Seringkali pelajar akan terjebak dengan semangat kepuakan yang masing-masing cuba mengangkat darjat puak mereka pada masa yang sama memperlekeh puak yang lain. Di mana-mana sahaja apabila menjelangnya pilihanraya, akan wujud dua kelompok besar yang saling berlawanan antara satu sama lain. Malah ketegangan tetap berterusan di luar musim pilihanraya kerana setiap kelompok akan berebut-rebut mencari ahli bagi terus menyokong dasar perjuangan masing-masing.7. Polarisasi kaum di kalangan pelajar juga semakin ketara. Penubuhan persatuan pelajar mengikut kaum turut meransang polarisasi tersebut. Hampir semua universiti di Malaysia mempunyai persatuan yang mewakili kaum masing-masing sama ada berbentuk bahasa atau persatuan kebudayaan. Ini menjarakkan lagi proses interaksi antara pelajar kerana biasanya kegiatan pelajar yang dijalankan lebih mengutamakan kepentingan, minat dan kecenderungan anggota kumpulan etnik tertentu.Di sini jelas kapada kita AUKU bukan sahaja telah menyebabkan wujudnya budaya baru dalam masyarakat pelajar tetapi yang labih parah lagi apabila lahirnya polarisasi yang agak ketara di kalangan pelajar. Pelbagai pertubuhan pelajar baru lahir dan saling mengadu-domba dan memperlekehkan antara satu sama lain.Apa yang pasti pengongkongan dan tekanan dari AUKU ini telah memaksa golongan pelajar untuk menumpukan perhatian mereka kepada isu dalaman yang kurang penting yang terdapat di kampus daripada melihat isu umat yang lebih besar dan penting di luar kepompong mereka. Inilah yang akhirnya menyebabkan kecenderungan untuk mereka bercakaran sama sendiri dan memikirkan isu-isu ranting lebih parah.Juteru, secara tuntas sebelum menoktahkan kalam ini adalah setelah hampir 23 tahun sejak kali terakhir dipinda pada tahun 1983, mahasiswa dan masyarakat melihat adalah wajar untuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak yang terbabit untuk meneliti kembali AUKU. Ingin ditegaskan juga kepada beberapa prinsip yang harus diambil terhadap AUKU iaitu aspek keadilan dan kebebasan dalam erti kata tidak ada suatu peraturan dan tindakan pun yang diambil atas maksud untuk menyekat dan menghalang seseorang pelajar atau pertubuhan pelajar untuk menyatakan dan memperjuangkan kebenaran. Disyorkan juga agar diberikan penekanan terhadap nilai-nilai akhlak dan etika serta bidang kuasa yang wajar kepada Naib Cancelor dan Menteri di dalam mentadbir universi dan mahasiswa.
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Exco Tugas-Tugas Khassaifullahul_maslul@yahoo.co.uk

Tuesday, July 29, 2008

MUZAKARAH

Atas nama Melayu dan Islam, UMNO sekali lagi cuba menjadi wira apabila mengheret PAS ke kancah politik kotor dan sekaligus menjerut pari Islam itu agar akur kepada kehendak mereka. cuma kali ini agak berbeza nada yang diutarakan mungkin kerana melihat posisi mereka yang agak rapuh. Maka tidak hairan jika Tajol Rosli sanggup mengatakan bahawa UMNO Perak rela mengekalkan jawatan MB kepada PAS andai kata kedua-dua parti itu membentuk kerajaan baru menjelang hari kemerdekaan.
Nada ini mungkin lanjutan daripada pengumuman Pak Lah bahawa UMNO dan PAS telah mengadakan rundingan sebaik sahaja PRU 12 tamat antara lain untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor. Khir Toyo dengan nada riak egonya seperti biasa menuding jari kepada Anwar sebagai dalang kepada perpecahan kesatuan Melayu kerana menghalang usaha mewujudkan kerajaan UMNO-PAS di Selangor.
Muzakarah yang dianjurkan oleh UMNO dilihat oleh ramai pihak sebagai usaha murni UMNO untuk menyatukan Melayu dan memartabatkan Islam, kununnya (meminjam istilah Che Det). PAS yang selama ini memperjuangkan Islam akhirnya termsuk ke dalam perangkap politik UMNO. Siasah kotor daripada parti yang semakin hilang pengaruh dibantu oleh kuasa media arus perdana smakin menghimpit PAS yang akhirnya mengundang keresahan kepada ahli dan juga kegusaran kepada rakan parti dalam Pakatan Rakyat.
Seharusnya, PAS melihat kembali kepada sejarah lampau bagaimana UMNO dengan mudah memperkudakan mereka demi untuk mencapai segala matlamat perjuangan politik mereka. PAS hanya diperlukan untuk menunjangi survival politik UMNO. Tanpa PAS rasanya UMNO sudah kehilangan kuasa di Malaysia. Memperlekeh kekuatan lawan sebelum pilihanraya dan kemudiannya menawarkan ruang untuk bekerjasama selepas menerima kekalahan paling memalukan menimbulkan pelbagai persoalan juga prasangka. Selepas berjaya menjerat Najib dengan janji peralihan kuasa pada tahun 2010 nanti, kini Pak Lah merangka strategi untuk berhadapan dengan Anwar pula. Melihat Najib sudah seakan berjaya diikat, kini perhatian akan lebih ditumpukan untuk menjatuhkan Anwar. Dengan mengajak PAS untuk berunding perihal perkongsian kuasa stidak-tidaknya UMNO dib bawah Pak Lah berjaya meneruskan legasi mereka. Pada masa yang sama melemahkan kerjasama antara parti dalam pakatan rakyat. Jika ternyata PAS memilih untuk berkerjasama bermakna PR akan kehilangan beberapa negeri yang mereka menangi dalam PRU 12. Malah hasrat Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru menjelang september ini akan berjaya dihalang. Sungguh licik, dan yang menjadi mangsa pastinya PAS kerana rela menjadi kambing hitam untuk kali kedua. Para pemimpin PAS seharusnya menghargai segala usaha yang dilakukan oleh pengundi untuk memastikan negara ini bebas daripada para pemerintah yang tiada kredibiliti.
Alangkah jijik siasah yang dilakukan oleh segelintir haiwan-haiwan politik demi mencapai matlamat mereka. Mengangkat isu agama dan kedaulatan kaum Melayu sebagai umpan untuk menyemarak rasa amarah di kalangan rakyat adalah strategi yang keji dan busuk. Tidakkah tindakan ini menggambarkan sikap perkauman yang lebih menebal di kalangan UMNO? ramai beranggapan bahawa DAP sebagai parti kaum cina yang cuba menafikan kedaulatan bangsa Melayu. Maka, timbullah persoalan kontrak sosial yang selama ini diperap oleh BN kerana merasa kuasa mereka tidak tercabar. Sedangkan jika kita nilai secara lebih halus ternyata UMNO, MCA dan MIC merupakan tunjang kepada politik berasaskan kaum. DAP walaupun diwakili majoriti orang cina tapi tetap menerima penyertaan daripada semua kaum. Brmakna, secara relatif, DAP lebih liberal berbanding ketiga-tiga parti tadi.UMNO tahu, DAP meninggalkan Barisan Alternatif suatu masa dahulu kerana keengganan PAS menggugurkan tuntutan Negara Islam dalam manifesto mereka. Peluang inilah yang dipergunakan oleh UMNO untuk menghakis keyakinan DAP terhadap PAS dengan memanggil muzakarah atas alasan agama dan kaum. Ternyata umpan ini mengena dengan DAP mula menunjukkan reaksi kurang senang apabila Pak Lah membongkar rahsia pertemuan PAS dengan UMNO selepas PRU12.
Atas alasan apa sekalipun, muakarah antara PAS dengan UMNO adalah tidak wajar sama sekali. Jika benar niat mereka adalah untuk bangsa dan agama maka seharusnya muzakarah itu melibatkan keseluruhan parti kedua-dua perikatan, BN dan juga PR. INi kerana, pandangan daripada parti lain yang mewakili golongan minoriti juga perlu diambil kira sebagai menghormati semangat demokrasi yang semakin terhakis. Namun jika menggunakan istilah muzakarah atau muhabalah hanya untuk menjayakan matlamat peribadi pastinya kita semua juga yang akan rugi.

Friday, July 18, 2008

LIWAT AN QAZAF DARI PERSPEKTIF ISLAM

ARTIKEL INI DIAMBIL DARI HARKAH DAILY

Liwat dan qazaf dari perspektif Islam
Harakahdaily Thu Jul 17, 08 2:59:40 pm MYT
Tulisan ini dipetik daripada buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam. -->
Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat
Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.
Iqrar (Pengakuan)
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."
Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."
Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.
Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."
Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."
Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.
Syarat-syarat iqrar
1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):
"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."
2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):
"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."
3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.
4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.
5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Menarik Balik Pengakuan
Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.
Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Saksi
Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."
Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."
Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."
Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.
2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.
3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.
4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.
5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.
6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.
7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.
8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.
9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.
Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata
Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.
Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
Bersumpah
Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.
Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.
Syarat orang yang melakukan zina dan liwat
Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf 2. Berakal3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)6. Berzina atau berliwat dengan manusia7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat
Qazaf
Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.
Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.
Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.
Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.
Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:
1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.
Hikmah Pengharaman Qazaf
Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.
Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.
Syarat-syarat Qazaf
Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.
Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:
1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.
2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.
Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.
3. Islam, mengikut jumhur para ulama.
4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.
Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.
Mensabitkan Jenayah Qazaf
Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:
1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf
Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?
Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.
Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.
Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.
Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.
Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.
Hak Tuduhan Qazaf
Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.
Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.
Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)
Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.
Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.
Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.
Hukuman di dunia
Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."
Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:
1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.
Hukuman di Akhirat:
Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."
Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.
Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.- tajdid_

Thursday, July 17, 2008

DEBAT DSAI - SC

Seorang mantan TPM dan juga mantan menteri kewangan. seorang lagi kini bergelar menteri penerangan. Seorang terkenal seantero dunia kerana petah berbicara, juga ahli siasah yang tersohor. Manakala yang seorang lagi baru merangkak setelah meninggalkan parti yang telah berkubur dan mula belajar berkokok takala mendapat tempat di hati pemerintah. Tajuknya "Hari ini tubuh kerajaan esok turun harga minyak". Cagarannya, jawatan menteri....

Mungkin elok jika kita mengulang kembali salakan Shabery Chik (SC) bahawa belaiu akan "membongkar" segala rahsia Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam debat tersebut. Malah dengan angkuh belaiu sanggup mempertaruhkan jawatan beliau selaku menteri penerangan. Bagi pihak DSAI pula, beliau lebih bersedia berdepan dengan PM atau TPM. Atau sekurang-kurangnya menteri kewangan malaysia agar kredibiliti debat lebih terserlah. Namun, SC mungkin dilihat sebagai langkah awal atau mngkin jugak satu-satunya peluang untuk menjelaskan kepada rakyat secara langsung.

melihat personaliti dan pengalaman kedua-dua tokoh ini, gambaran awal sudah boleh diteka. Ternyata Anwar masih berbisa seperti dahulu. Masih terbayang kelincahan beliau membentangkan belanjawan di parlimen satu ketika dahulu. (sekarang dipanggil bajet - diambil dari perkataan Inggeris budget dan dimelayukan). Manakala SC pula, seakan-akan kita melihat pidato seorang calon pilihan raya UMNO yang tipikal, mengulang skrip yang selama ini sudah muak diretorikkan oleh media arus perdana. Lebih malang lagi ketika beliau mengambil pendekatan menyerang peribadi lawan tanpa berusaha membidas hujah-hujah yang dilontarkan oleh DSAI. Sehingga tamat debat kita masih tertunggu-tunggu janji SC untuk 'membongkar' rahsia yang pernah beliau war-warkan. Kalau sekadar kes IPP dan preskripsi IMF, rasanya hujah beliau terlalu lemah dan daif. Malah DSAI sambil tersenyum memberi penjelasan kepada audien dan riak wajah beliau seolah-olah menggambarkan SC hanyalah pihak yang naif berhubung perkara berbangkit.

Rasanya tidak perlu untuk saya mengulas atau mengupas setiap isi dan fakta dalam debat tersebut. sekadar satu catatan untuk renungan pada masa akan datang bahawa debat ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua pihak. Bagi pihak pembangkang, ruang yang sedikit terbuka ini memberi peluang kepada mereka untuk mendekati rakyat walaupun terlalu banyak karenah birokrasi yang terpaksa dilalui. Bagi pihak kerajaan pula, sekurang-kurangnya debat ini membuktikan mereka lebih terbuka berbanding pemerintah terdahulu. Memang ada kata-kata sumbang bahawa debat ini tidak membawa apa-apa makna kerana harga minyak tetap sama, harga barang terus naik. Namun dari sudut lain, kita boleh menilai debat ini sebagai medan untuk menilai dan mengenali sifat dan sikap pemimpin atau bakal pemimpin. Juga memberi penjelasan berhubung wajar atau tidak harga minyak dinaikkan. Selain itu mungkin kita boleh melihat siapa yang bercakap benar. Apakah SC sanggup untuk melepaskan jawatan beliau selepas ini atau akan ada lagi sindrom penafian seperti mana pemimpin BN khususnya dari UMNO.

Saturday, July 05, 2008

Conspiracy Theory


Allegation against Anwar a conspiracy - PAS
Saadon Aksah Tue Jul 01, 08 1:08:15 pm MYT
KUALA LUMPUR - Islamic Party of Malaysia (PAS) parliamentary members have come out to denounce the allegation of sodomy by former deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, as a "malicious conspiracy" to smear the good name of leader. -->
PAS deputy President Nasharuddin Mat Isa said an independent public inquiry must also be formed to investigate the allegation in view of tainted police records in matters of "upholding people's rights and safety professionally".
Reading from a prepared statement in a press conference at the parliamentary lobby here June 31, Nasharuddin said the objective of the malicious conspiracy is to divert public attention from various crises currently faced by the people.
"Increasing costs of living due to the revocation of RM13.7 billion fuel subsidy on petrol and diesel have caused devastating chain reaction on the country's economic crisis," he said.
He said the conspiracy also aims to divert attention away from the leadership crisis that beset the ruling party. Anwar's claim that the Pakatan Rakyat coalition would take over the federal government had also posed additional pressure to the ruling coalition, he said.
Nasharudin said any slander or "qazaf" against a Muslim would require heavy punishment for the perpetrator if there were no concrete evidence brought forth.
"We, parliamentary members of PAS however believe that the people would not be swayed by an old script and would reject such an attempt even though there are new actors involved and the storyline was recycled," he said.
Anwar's life not in danger, says Home Minister
People Justice Party (KeADILan) president Dr Wan Azizah Wan Ibrahim meanwhile wanted Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi to give an assurance for the safety of Anwar.
She said the allegation by Anwar's aide was nothing more that a "recycling of charges in 1998" to quash Anwar's political career.
"This is taken as a reaction to the possibility of Pakatan Rakyat (coalition) forming the federal government soon," she said in a press conference at the parliament lobby.
She also said an independent body must be formed to investigate the allegation in view to what had happened to the former deputy premier when he was assaulted by a top ranking police officer during custody during the start of the reformasi era in 1998.
She said the authorities must also ensure the safety of her husband such that he had to resort to seek refuge from a foreign embassy.
Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar meanwhile dismissed Anwar assertion that his life was in danger.
Syed Hamid told journalists at the parliament lobby, that the former deputy premier had roamed the country freely after being released from prison.
"All this while Anwar's life has never been in danger. I think he is trying to cast aspersion on the enforcement agency (and that) is something that is not fair," he said. Syed Hamid said it's the police is duty bound to investigate after a citizen filed a report.
"This is part of his play acting in order to gain sympathy, not only from within but also from outside," he said.
Pasca PRU-12 menyaksikan rentetan kejutan yang mewarnai dunia politik tanah air. Ketika rakyat masih terkedu menyaksikan kejatuhan Barisan Nasional di beberapa buah kubu kuatnya, juga kehilangan suara majoriti 2/3 di parlimen, siri kejutan terus melanda negara. Pastinya yang paling meninggalkan kesan adalah kenaikan harga bahan bakar sehingga melebihi 50 peratus. Laksana gempa melanda, pasti ada gegaran susulan mengekor. Kenaikah harga petrol dan diesel membawa bersama impak kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Golongan berpendapatan rendah terpaksa menanggung beban teramat berat. Manakala barisan pemimpin negara memulakan retorik agar berjimat cermat. Amat melucukan tatkala krisis bekalan beras melanda, ada suara-suara sumbang mecadangkan penggantian beras dengan ubi atau kentang.Maka berlumba-lumba media arus perdana mencarikan bahan untuk mengiyakan segala saran sang pemerintah. Dalam kesibukan mengajar rakyat berhemah, tiba-tiba timbul pengumuman insentif RM 1 juta kepada pemenang pingat emas Olimpik. Sungguh prihatin rupanya kerajaan kita kepada para atlet. Dan sungguh berjimat gamaknya sehingga terlupa ramai lagi golongan yang amat memerlukan bantuan saat ini.
Dalam ghairah mencongak hala tuju pemerintahan, sebuah nama kembali menggegar arena politik tanah air. Anwar Ibrahim, nama yang cukup menggerunkan bagi sesetengah pemimpin negara, juga idola rakyat terbanyak menambah siri kejutan yang semakin hangat. Pertuduhan liwat oleh bekas pembantu beliau sendiri mengulangi skrip 1998 sehingga menyaksikan kejatuhan beliau. Cerita yang sama, dan mungkin motif yang sama, Namun impak tampak sedikit berbeza. Di tengah-tengah kemelut kepemimpinan BN, rakyat melihat pertuduhan ke atas beliau sebagai mengulangi teori konspirasi 98. Apatah lagi selepas era Mahathir, Anwar dibebaskan daripada pertuduhan. Kali ini orang ramai melihat bukan Pak Lah selaku dalang tetapi Najib. Afidavit Raja Petra dan Balasubramaniam (walaupun menarik balik dalam tempoh 24 jam) menguatkan andaian masyarakat. Persoalan besar yang berlegar disebalik kematian Altantuya ialah bagaimana warga Mongolia ini dibunuh. Bukankah penggunaan bahan letupan walaupun untuk pasukan keselamatan memerlukan kelulusan dari peringkat paling tinggi? sekali lagi orang yang sama terlibat. Juga dikhabarkan antara lain Altantuya meminta wang pampasan (royalti) yang kononnya ada kaitan dengan pembelian kapal selam oleh Najib.
Apabila Bala membuat pengakuan antara lain mengaitkan Najib dengan kes Altantuya, maka penyakit pemimpin UMNO semakin jelas pada Najib. meminjam istilah beberapa pemimpin PAS yang menggelar parti lawan ini menghadapi 'denial syndrom' ternyata benar. Mereka seringkali beranggapan bahawa masyarakat negara ini merupakan golongan yang beku dan boleh disogok dengan retorik daripada pemerintah. Mereka telah menanam dalam diri masyarakat satu kepercayaan bahawa setiap butir kata yang lahir daripada pemimpin pemerintah adalah benar belaka. Oleh yang demikian sindrom penafian akan terus menjadi virus kepada pemimpin-pemimpin sebegini. Sekadar satu peringatan, sebelum PRU 12, Najib pernah berkata bahawa harga bahan bakar tidak akan dinaikkan pada tahun ini. Ternyata, kenaikan yang dinafikan rupa-rupanya satu helah semata-mata untuk memancing undi. Dan kini kita menyaksikan Malaysia antara negara pengeluar minyak yang berjaya menaikkan harga minyak yang cukup tinggi. Persoalannya, siapa yang untung?
Berbalik kepada Anwar, siasah pakar politik ini amat menggerunkan lawan. Siapa diantara kita yang percaya bahawa BN akan kehilangan majoriti di Parlimen? siapa menduga parti pembangkang mampu menang besar pada kali ini? Anwar... ya, beliau amat optimis akan kemenangan pembangkang. Telahan beliau diperlekeh oleh kebanyakan pemimpin parti pemerintah. Pak Lah sendiri dengan angkuh mengatakan bahawa BN akan menang besar. Kenyataan Anwar dianggap sebagai orang bermimpi di siang hari.
Apabila Anwar mengumumkan berjaya memujuk 30 ahli Parlimen untuk beralih ke Pakatan Rakyat, para pemimpin BN mula cemas. Pak Lah yang sebelum ini sering kehilangan khabar dari Bumi di Bawah Bayu terpaksa berulang alik dan menghambur pelbagai janji. Apabila Anwar mengumumkan mempunyai bukti penglibatan orang kanan kerajaan dalam kes Altantuya, tiba-tiba muncul seorang jejaka mengaku menjadi mangsa liwat Anwar. Menariknya, pemuda ini menemui Najib untuk menceritakan perkara tersebut sebelum membuat laporan polis.
Akan berulangkah sejarah? Atau ada pihak cuba menciplak sejarah? adakah kita bakal menyaksikan tilam diusung ke mahkamah buat kesekian kalinya? Atau akan ada lagikah biji mata yamg bakal lebam? Pastinya sejarah hitam itu amat memalukan negara. Akan gema keramat REFORMASI' kah yang bakal mengubat segala sakit hati rakyat. Sekali lagi, Akan berulangkah sejarah?????

Tuesday, July 01, 2008

Oil hike mega protest rescheduled to July 6

The mega protest against a recent oil hike targetted to receive some one million attendees has been rescheduled to July 6, a day later than originally planned. -->
The venue of the protest earlier planned to be held near the iconic Petronas Twin Tower has also been changed to a public field in Petaling Jaya near the Amcorp shopping centre.
A coordinator for the protest - initiated by a coalition calling themselves Protes -, Dr Mohd Hatta Ramli said the changes were taken to accomodate the massive attendance and to enable better crowd control.
In a press conference held at the Islamic Party of Malaysia (PAS) headquarters here June 19, Mohd Hatta said the organiser would not have a problem getting a permission to hold the event as it was located in a Pakatan Rakyat held state.
He said the police would be informed formally but a police permit would not be sought for the event. He however welcomed any permits issued and noted a precedence on the police giving out permit for peaceful protest.
He said the event would be "carnival" like and that it would also cater for the families with performances to be held to keep those present entertained, apart from Pakatan leaders giving out speeches at the event.
Asked whether the changes were done for Protes to avoid confrontation with the authorities, Mohd Hatta said the movement has never resorted to confrontation.
The event is scheduled to commence from 10am.
Pakatan Rakyat coalition comprising of PAS, the Democratic Action Party (DAP) and People Justice Party (KeADILan) currently formed the government at fives states and controlled more than one-third of the parliamentary seats.

Xavi awarded Euro 2008 best player

Barcelona's Xavi was instrumental in Spain's success
Spain midfielder Xavi has been named the best player of Euro 2008.
The Barcelona star was a regular member of the tournament-winning side and scored the opener in the semi-final win over Russia.
Xavi, 28, was one of nine Spain players selected among a team of 23 by a panel of Uefa technical experts.
Manchester United's Dutch keeper Edwin van der Sar, Chelsea's Michael Ballack, Arsenal's Cesc Fabregas and Liverpool's Fernando Torres all made the final 23.
Ballack was part of the Germany side that lost in the final, while Fabregas and Torres helped Spain seal the spoils.

Who was your player of the tournament?
Chelsea's new signing Jose Bosingwa of Portugal and Croatia midfielder Luka Modric, who will play for Tottenham in the Premier League next season, were also both selected.
There was no room in the final selection for Manchester United and Portugal midfielder Cristiano Ronaldo.
Uefa technical director Andy Roxburgh explained that Ronaldo's absence was because Portugal's exit at the quarter-final stage.
Xavi epitomised the Spanish style of play
Uefa's Andy Roxburgh
"Of course he was mentioned - and if Portugal had gone further, there's no argument he has been in this group because he's a fantastic player," said the former Scotland boss.
"He was in our Champions League all-star squad for the season - and at the beginning of the tournament he threatened he was going to be in this one.
"But then it came abruptly to an end. When it comes to a squad of the tournament, those that go to semis and final dominate things like this."
Regarding the selection of Xavi and eight other Spaniards, Roxburgh added: "Xavi epitomised the Spanish style of play. He was extremely influential.
"We are not all that surprised - because for more than a decade now, the top youth teams in Europe have been Spanish; we have been watching Xavi and others in this squad from a very young age."

FeedBurner FeedCount